Sunday, January 8, 2017

Bukan salah siapa-siapa

Blog

Kadang-kadang rasa semuanya tak perlu nak share. Sometime bila baca balik hasil karangan lalu..rasa seronok.. boleh imbau kenangan sampai bila-bila. Info dan maklumat yang dikongsi terkadang rasa pasti ada yang perlukannya.

Maaf kerana banyak mendiamkan diri. Semoga selepas keluar dari bertapa ini saya jumpa sesuatu.

Mungkin ada aura negatif yg melekat di badan ini. Astaghfirullah. Apapun jua. Kuncinya ikhlas.
Saya perlu ubah cara pemikiran ini.
Perlu set up impian yang baru. Jangan hiraukan perkara yg menganggu minda. Just do it. Your own way. Dont give up because of your own ego.


After all, I just want to be myself.

InsyaAllah ....I'll be back!



Tuesday, November 15, 2016

Bisnes Qaseh Gold. Bagaimana nak mulakan?

Teks: Norsyamsina Hadini
Entri:

Assalammualaikum, pagi ni saya nak share sedikit sebanyak pengalaman sebagai Rakan Niaga Qaseh Gold. Saya percaya ramai yang dah mula mengenali jenama Qaseh Gold ini. Tetapi mungkin ada di antara anda yang masih samar-samar tentang apakah sebenarnya Qaseh Gold ini dan bagaimana caranya kalau nak mulakan bisnes Qaseh Gold?

Qaseh Gold ini adalah jus yang diformulasikan dengan beberapa makanan dari Al-Quran dan Sunnah. Kandungan utama nya antaranya ialah kurma, madu, delima, habbatusauda, air zam-zam, gam arab, dan lain-lain lagi. Terdapat sedikit perbezaan di antara Qaseh Premier, Adinda, Kekanda, Junior dan Gojes mengikut kesesuaian keperluan badan seseorang. Itulah secara ringkasnya.

Cara mulakan bisnes Qaseh Gold:
Kita ada 2 pilihan buat masa sekarang, iaitu...

Pilihan 1:
Bermula sebagai dropship. Tanpa Modal. Hanya yuran komitmen sahaja yang diperlukan iaitu RM15.
Dalam masa sebulan, sekiranya prestasi sangat baik, kami boleh bantu anda mula bertukar status sebagai pengedar sah.

Pilihan 2:
Bermodalkan minimum RM400.
Ambil produk Ana Edar, menggunakan harga RANIA, dengan jumlah minimum RM400

Bonus, pilihan ke 3:
jika anda benar-benar tekad untuk terus menjadi Rania, namun modal tidak mencukupi, ada pilihan ketiga. Boleh terus whatsapp saya di nombor ini 0135414229

Ok, sebelum anda nak membuat keputusan, semestinya anda ingin tahu apakah keistimewaan, apakah yang seronoknya buat bisnes qaseh gold ni?

1) Punya jemaah yang sangat supportive, kaya dengan ilmu, dan tidak lokek untuk berkongsi.
2) Kita akan dibimbing yang penting memberi komitmen sahaja. Usaha datang dari anda sendiri.
3) Patuh Syariah. Punya Panel Syariah nya yang sendiri untuk sentiasa memerhati dan membimbing syarikat untuk sentiasa patuh pada syariah, Tak kira dari segi pengurusan dalaman dan aktiviti qaseh.
4) Rakan-rakan niaga yang punya satu matlamat yang sama. Bukan mengejar wang semata-mata. Bukan kereta mahal, rumah besar yang diumpan-umpankan tetapi matlamat untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing untuk berbakti pada keluarga dan masyarakat.
5) Ketenangan.Yang tiada diperolehi dari Bisnes MLM yang lain. Tiada penindasan. Berada dalam majlis atau kelas dari HQ mahupun dari Kumpulan, sentiasa diselitkan peringatan tentang Bisnes sebagai seorang muslim, mengingatkan tentang Akhirat.
6) Bantuan dari banyak aspek dari leader-leader, yang penting kita mahu buat dan tidak mensia-siakan peluang.
7) Memahami keadaan ibu-ibu yang punya anak kecil, boleh membawa anak ke kelas-kelas.
8) Ada 4 jenis bonus. Bukan sahaja untung runcit, Tetapi bonus yang boleh menjangkau hingga 5 6 angka bergantung kepada usaha masing-masing.
9) Produknya yang berkualiti tinggi, dikilangkan dengan cara islamik dan khasiatnya yang jelas memberi manfaat kepada banyak pengguna. Terdapat lambakan testimonial dari pelbagai lapisan umur.
10) Duta produk terkenal : Ustaz Baharin (Ustaz Bollywood)
11) Tiada tarikh luput keahlian, Aktif atau tidak aktif, boleh mula semula. Namun, rugilah kalau tak terus buat sebab bonus semakin meningkat jika terus buat. Keahlian juga boleh diwariskan.

Selain dari 11 senarai ini, anda boleh follow facebook saya :

Norsyamsina Hadini

untuk ikuti dan menilai sendiri tentang bisnes qaseh gold ini.

Sekian itu sahaja setakat ini. Untuk info selebihnya, boleh add saya fi facebook atau ig saya ya. :)


Qaseh Gold Kuching,
Norsyamsina Hadini
0135414229

Tuesday, November 1, 2016

Testimonial Gojes by Qaseh Gold : Eczema

Takleh pakai chiffon, kain sampai tertarik sebab tangan kasar sangat
====================

Pernah alami tak perkara di atas?
Siapa yang ada eczema kat tangan mesti faham kan😂
Belum lagi part nak pegang tangan suami. Tangan suami lagi lembut kot!! 😥

Ini testimoni saya.
Belum habis sekotak lagi tau. Dah licin. Hanya tinggal nak hilangkan bekas merah2 tu je lagi.

Actually pernah licin selicin2nya sebab amal gojes. Cuma haritu i tak amik sebab lupa diri. Ingat kulit dah ok takyah makan kan. 😂

Siapa yg ada eczema tu memang kena amal la. Jangan sekejap makan sekejap tak. Kalau x for sure dia memang akan keluar balik hehe. Sbb mmg dh badan ada allergik kan. So kena la amik supplement untuk atasi masalah tu. Better than makan ubat steroid untuk hilangkan gatal tu. Oh no. Elakkan ye selagi boleh.

Lagi satu memang dah nak 30an ni. Perlu sangat consistent collagen. Kalau 30 baru nak start collagen, sorry ..mmang agak lambat sikit nak bagi berkesan. Sbb banyak yg nak kena adjust😗 sedih kemudian hari tidak berguna.

Hihi.

So why wait.? Start now. Especially kalau dh 25 ke atas!!



jom semak apa ramuan dalam gojes yang bagus sangat ni?







Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Kuching
Norsyamsina Hadini
0135414229

Sunday, October 16, 2016

Tips melegakan masalah sinus (hidung sumbat, allergik, resdung)

Teks oleh: Norsyamsina Hadini
Entri




Sesuatu benda baru yang saya baru belajar tentang SOLE. Tak SABAR nak suruh adik saya cuba. Sinus nya agak teruk.

 Rupanya banyak mereka di barat dah amalkan cara ini untuk mengurangkan simptom Sinus mereka. Tak kira resdung , asma atau allergik..pastinya tak selesa bila sinus melarat teruk. Anda boleh lakukan nya dengan Garam Sole kami.

 Campurkan garam sole kedalam air suam. Bernafas menggunakan mulut, dan masukkan air garam ke hidung tuang seperti gambar di atas.

Seeloknya cari alat yang sesuai untuk memudahkan proses ini. Anda juga boleh lakukannya sepertimana anda mengambil wudhuk. Sedut dan lepaskan. Cuma kalau nak lebih mudah sila cari alat yang sesuai supaya ianya kurang menyakitkan.

Boleh dapatkan cara dan video tutorial dengan melihat di youtube dengan kata carian "salt water sinus ".

Di sini saya sertakan salah satu contohnya:


 Salt water yang digunakan pasti nya garam yang tidak diproses. Kerana itulah saya mengesyorkan garam Sole Ana Edar.

 Amalkan prosedur ini stiap hari. Anggap ianya penting sepertimana pentingnya anda memberus gigi setiap hari.



 #whatsapp_syamsina_0135414229 #tipsresdung #resdungkronik #yourqasehgoldexpert #asma #allergik #masalahhidungberair

Walkin Pretty Blossoms Boutique, Jalan Kulas, Kuching.

Qaseh Gold Kuching
Pakar Qaseh Gold Anda
0135414229
NORSYAMSINA HADINI

Monday, October 10, 2016

Tidurkan anak dengan bacaan surah

Teks oleh : Norsyamsina Hadini
Entri 24




video
Husna, 18bulan 
1Tahun6Bulan

Allahuakbar, otak anak kecik macamni memang suci kan, apa pun yang kita ajar memang mudah masuk.

Sejak dari Husna lahir saya cuba untuk elak dari mendodoikannya dengan lagu-lagu yang tiada manfaat untuk saya. Yelah berjaga malam-malam terutama masa masih dalam pantang, letih yang teramat. Sekurang-kurangnya dengan bacaan surah, zikir atau selawat boleh lah membantu menenangkan fikiran dan menguatkan semangat sebagai ibu baru. Lagipula sering terbaca di internet dan buku-buku, mengatakan dodoikan anak dengan bacaan surah adalah salah satu usaha untuk membuatkan si anak cintakan Al-Quran.

Sekarang ni tiap-tiap malam dia akan tunjuk dimana al-Quran disimpan dan sebut "qur-an". Terasa pula mama yang kadang-kadang mengaji kadang-kadang tidak. Terima kasih Husna sebab ingatkan Mama. Anak ni sebenarnya Tuhan hantar untuk ingatkan kita juga. Semalam cuba 3 surah ni. Apabila diulang banyak kali semakin jelas sebutannya. Habis 3 surah ni saya cuba pula suratul Kursi. Mengejutkan. Ada baris yang dia ikut. Subhanallah. Rupanya sebelum tidur selama ni dia "install" dalam otaknya.

Jom lah Husna kita hafal sama-sama ya. Mama banyak lagi surah yang tak hafal. 😣
Sambil didik anak.. nak didik diri sendiri jadi lagi baik..

Husna ni kalau diasah lagi boleh jadi hafizah agaknya?
Maknya yang kena banyak bertaubat. Baru anak senang nak ikut. Kannn. Allahuakbar. 😯
Kalau ada sesiapa yang join mana-mana group yang ada ajar teknik didik anak menghafaz Al-Quran boleh lah share-share dengan saya ya.

Husna sekarang dah 6 bulan amal Qaseh Junior sejak dari umurnya 1 Tahun. Dengan berkah makanan-makanan yang disebut dalam Al-Quran yang ada dalam Qaseh Gold Junior ini, mudah-mudahan ianya akan mempermudahkan untuk dia belajar ilmu dunia dan juga akhirat.

Moga saya mampu jadi Ibu yang baik.


PAKAR QASEH GOLD ANDA
NORSYAMSINA HADINI
0135414229
QASEH GOLD KUCHING



Monday, October 3, 2016

Teruja!

Teks oleh: Norsyamsina Hadini
Entri 23

Wah, bukak laman web ana edar pagi ini.Status bertukar jadi hijau. Dari "pengedar biasa" kepada "berkaliber".


Alhamdulillah terima kasih Ana Edar! Buat diri ini rasa semakin bersemangat hari ini!!
Tiada jalan pintas untuk berjaya, perlu ada ilmu diiringi dengan kesungguhan dan konsistensi.

semakin hari semakin seronok buat bisnes qaseh. 
semalam, saya sempat pergi membeli beberapa bahan-bahan untuk aktiviti kami anak -beranak di rumah. Menggunakan duit BONUS hasil dari BISNES QASEH.



Nampak tak banyak.. kecik-kecik tapi almost RM100 juga nilai semua ini. Hehe. Tapi masih lebih murah dari berbelanja beli barang permainan di kedai kan. Yang ini, akan lebih seronok dan menjana minda dan kreativiti. Ah! tak sabar nak mulakan!

Husna semakin membesar. Otak semakin aktif dan ligat mencari sesuatu untuk dilakukan. apabila difikirkan degree housewife  yang bekerja dari rumah, takkan tak boleh nak "be creative" dalam membesarkan anak-anak? (Buat malu kalau tak boleh). Habis tu kenapa ayah Husna nak pilih isteri ada degree kalau ajar anak pun tak kreatif dan inovatif haha. Pasti boleh fikirkan dan lakukan aktiviti menarik  bersama anak setiap hari. Hehe.. InsyaAllah. Mama cuba lakukan yang terbaik untukmu, anakku. 

baiklah, nak cuba buat "EDIBLE PAINT" sendiri dulu. hehe. TERUJA!


Saturday, October 1, 2016

Gelombang #octrichcircleqkn


Teks oleh: Norsyamsina Hadini
Entri 


Salam Maal Hijrah. Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia. 

Semalam 1 Oktober, group kami QKN melakukan rombakan secara besar-besaran. Dengan itu semangat dan usaha kami juga dirombak supaya bergerak lebih maju dan laju bak Ferrari. Siapa lambat kena tinggal! Oh no!!

Gelombang #octrichcircleqkn


Bulan Oktober Leader Syim tak main main langsung. Tak beri peluang siapa yang tak nak serius. Yang serius sahaja yang dia nak bantu!!

Bukannya kejam tapi memang betul pun semuanya usaha datang dari kita sendiri. Leader sentiasa membantu. Kita yang tentukan nak berikan komitmen atau tidak. Percayalah bisnes qaseh gold ni kita tak akan bergerak seorang-seorang. Ini bisnes jemaah. Seronok. Apa-apa masalah tak tahu tanya. Majlis ilmu pula disediakan. Bisnes jadi mudah apabila kita ada ilmu. Kita hanya perlu memilih untuk amal atau tidak apa yang kita belajar. 

Ilmu tanpa amal, rugi.


Berbalik kepada sempena Tahun Baru Islam yang muncul di hadapan kita semua hari ini. 

Apa matlamat dan azam tahun baru anda?

Baiklah ini azam saya.

Pagi tadi Ustaz Ebit Liew pesan dalam live video dia...tahun baru ajak keluarga solat awal waktu. InsyaAllah Allah jaga keluarga kita. Jadi.. saya pun nak niatkan begitu... semoga Allah permudahkan untuk kita semua sentiasa solat di awal waktu. 

Dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini mohon Allah ampunkan. Minta Allah jauhkan perkara yang jahat orang yang jahat dari kita. Minta Allah turunkan kebaikan dan segala jenis kebaikan kepada keluarga kita. Janganlah dia tarik nikmat yang telah dia berikan. Tambahkan nikmat jangan dikurangkan. Moga tahun baru ini kita semua berada dalam lindungan Allah. Sebagaimana Dia melindungi dan merahmati orang- orang yang soleh..

Saya juga tidak cukup baik tapi setiap hari saya berazam nak jadi baik. Jom jadi baik.


Ini lah DP baru kami.

Alhamdulillah terima kasih Kak Syim.

Berminat nak join bisnes qaseh modal serendah rm15?

Whatsapp saya sekarang.
0135414229
SYAMSINA